assalamualaikum...
meh sini nak ceramah sikit... hehe... entry kali ni aku nak cakap sikit pasal hijrah... hijrah ni mcm2x maksud untuk ditafsirkan... ada yang berhijrah kerana mendapat hidayah atau berhijrah atas kemahuan sendiri... atau kemahuan suami. terpulang... tepuk dada tanya hati... contohnya bila kita tidak memakai tudung kemudian pakai tudung (kena kutuk) dari pakai tudung singkat kepada pakai labuh sedikit (pun kena kutuk).. tu belum aku pakai purdah lagi mesti lagi teruk kena kutuk... hewhew... tapi aku tak kisah pun.. kutuklah... da penat derang berhenti la bercakap... yang penting laki aku suka.. dan dia sendiri yang nasihatkan aku... sebagai ketua keluarga dia lagi suka sebab dia yang berdosa kalau tak tegur bini dia tak tutup aurat... bagi aku la... aku hormat suami sebagai ketua yang membimbing aku.. dia izinkan aku bekerja pun dah seribu rahmat... so... terpulang la kat diri masing-masing... jgn pulak ko da pakai tutup aurat ko kutuk orang yang tak pakai tudung pulak... berdosa.. arwah mak aku selalu pesan bila nampak orang mcm tu kita kena cakap kesian kat dia... dia tak dapat hidayah lg... pastu doakan dia.... kalau nak tegur pun kena tegur cara berhemah... sebab manusia punyai hati yang mudah tersentuh.. cakap sikit menangis.. tengok hindustan menangis... tu belum kena tegur lagi... dia nak ikut atau tak takpe.. hidup kita di dunia hanyalah pinjaman.. sekejap sangat... so tak yahlah nak bangga bila kita ada kelebihan berbanding orang lain. aku nak cakap pun tak kena sebab aku pun tak sempurna... baru belajar meniti... aku selalu terfikir andai aku ditakdirkan meninggal dunia esok hari apa persiapan aku di alam sana nanti... sedekah aku kurang,, cakap suami pun selalu bantah.. aurat pun tak terjaga... takut okeh... so untuk manusia terus berubah sempurna memang susah... so aku buat la selagi terdaya walaupun ada mulut2x orang yang mengata atau mengutuk. aku pekakkan telinga.. Aku doakan mereka juga akan diberikan hidayah oleh ALLAH.. Kita hanya manusia biasa yang punyai banyak kekurangan... dan kita perlu belajar menampal kekurangan itu... aku bersyukur kerana suami banyak mendorong aku untuk berubah... dan aku berubah kerana takutkan AZAB ALLAH SWT di AKHIRAT kelak.. Aku ni dulu nakal sikit dalam keluarga... hehe... aku juga bertuah kerana aku mempunyai adik-beradik yang sentiasa menegur aku bila aku ada buat silap... aku terima teguran mereka dengan berhikmah walaupun yang menegur tu adalah adik sendiri... lapangkan dada dan belajar terima kelemahan dan kekurangan diri...
aku dan cheeskek made by linda... sedap... sgt moist...
P/S: aku selalu dengar ceramah ustaz azhar... dia cakap pakai tudung tak wajib... yang wajib adalah menutup aurat... so kalau korang nak pakai baldi tutup kepala dan dada pun dah dikira menutup aurat.. sebab ada jugak orang yang memakai tudung tapi pakai seluar nampak betis. apakah?
renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:
Post a Comment